Antara kontroversi Selebriti Malaysia sepanjang tahun 2014

Antara kontroversi Selebriti Malaysia sepanjang tahun 2014
Antara Selebriti kontroversi sepanjang tahun 2014

Tahun 2014 menyaksikan beberapa selebriti terpalit dengan kontroversi yang tidak berkesudahan dan nama mereka sering sahaja dipetik di dada akhbar mahupun portal hiburan sehingga menjadi bualan ramai.

Ada di antaranya dapat diselesaikan secara baik, terdapat juga kisah sensasi yang masih menjadi tanda tanya dan masih belum dapat menjumpai jalan penyelesaian yang terbaik.

Walau apa pun, semoga kontroversi yang melanda selebriti tempatan ini dapat dileraikan sekaligus karier yang dibina semakin sinar dengan perkembangan terbaru yang lebih positif.

Jom kita imbas kembali di antara selebriti yang kerap terlibat dengan beberapa kontroversi sepanjang tahun ini.

Hanez Suraya 




Pastinya tahun 2014 meninggalkan kesan yang mendalam kepada selebriti wanita ini yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang jejaka bernama Romie Razin yang sebelum itu merupakan suami kepada Liyana Manan.

Hanez dihentam teruk oleh masyarakat apabila bersikap agak biadap apabila dirinya dikatakan merampas suami orang dan telah meminta Liyana meminta maaf kepadanya akibat kenyataannya dan pendedahan sebelum itu kepada pihak media berikutan kontroversi Hanez dan Romie. Isu ini turut mendapat respon pelbagai pihak sehingga Chef Wan menggelarkan diri aktres ini sebagai 'betina gatal'.

Selepas kontroversi tersebut reda seketika, hubungan Hanez dan kekasihnya kembali menjadi hangat apabila ada pihak yang berkongsi tiket penerbangan mereka ke Bangkok sehingga mereka bertindak ingin menyaman syarikat penerbangan tersebut.

Zizan Razak



Awal tahun ini menyaksikan nama Zizan Razak terpalit dengan isu bercumbu dengan kekasihnya iaitu Emma Maembong yang didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan bercuti ke Los Angeles. Namun, Zizan enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit.

Menjelang anugerah ABPBH 2013 yang berlangsung beberapa bulan yang lalu, Zizan dikatakan bakal menggondol trofi di anugerah terbabit dan sekali gus menjulang Anugerah Bintang Popular, namun tewas mengejut di tangan aktor kacak Aaron Aziz serta gagal membawa pulang trofi seperti tahun-tahun sudah dan hal tersebut seakan memberi gambaran bahawa selebriti serba boleh ini sudah hilang taring dan popularitinya.

Tidak lama kemudian, nama Zizan menjadi panas kembali apabila dihimpit dengan isu bermasam muka dengan bekas pengurus dan juga rakan kongsi syarikat pengurusannya Wire Fame Entertainment iaitu Marina Juki. Isu ini mula menjadi hangat apabila Zizan bertindak membekukan akaun syarikatnya sehingga artis naungan dan pekerja tidak mendapat gaji mereka.

Nabila Huda


Aktres berkulit hitam manis dan berbakat besar ini tidak pernah lari dari kontroversi, ada sahaja isu yang melibatkan dirinya saban tahun. Tahun ini menyaksikan ada peminat kepada pelakon ini dikhabarkan telah mengajak Nabila keluar dari Islam menerusi laman sosial Instagramnya. Peminat yang dikenali sebagai Darian Christ itu telah menyarankan Nabila supaya menukar agama memandangkan Islam dilihat sudah tidak releven dengan kehidupannya.

Selebriti yang gemar menggayakan pakaian seksi ini juga mencetuskan tanda tanya peminat dan media apabila gambar percutian bersama kekasih misterinya ke sekitar Eropah menjadi perhatian. Sekeping foto yang memberi gambaran seakan-akan mereka sedang bercium turut mencetuskan kemarahan Amy Search selaku bapanya yang berang dengan kelakuan anak perempuannya itu.

Namun, sengketa di antara mereka berdua akhirnya berjaya diselesai kan selepas bermaafan sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Nad Zainal


Setelah mengwar-warkan berita dirinya dan Azwan Kombos baharu sahaja menghadiri kursus perkahwinan, hubungan pasangan pelakon ini tiba-tiba sahaja dilaporkan telah putus!

Pernah menafikan dirinya menanggung segala perbelanjaan harian Azwan, Nad secara mendadak telah mengesahkan dirinya tidak lagi mempunyai hubungan percintaan dengan Azwan tanpa pengetahuan bekas kekasihnya itu.

Dalam pada itu, Nad juga bertindak membuat laporan pihak polis apabila mendakwa di ganggu oleh Azwan dan seorang wanita yang tidak dikenali. Rentetan daripada itu, Nad sekali lagi tampil memberi kenyataan bahawa dirinya kini sedang dilamun cinta dengan kekasih baru iaitu seorang pelakon bernama Hefny Sahad.